MENU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Kepada pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan perkhidmatan pembayaran secara atas talian Majlis Daerah Jerantut ditutup sementara waktu bagi tujuan penutupan akaun bagi akhir tahun 2020.

Pembayaran atas talian melibatkan cara bayaran melalui:
1) PahangGo (Tarikh penutupan: 1/12/2020 - 31/12/2020)
2) Jompay, PBTPay, Pos, UTC Kuantan (Tarikh penutupan: 25/12/2020 - 31/12/2020)

Tuan/puan boleh membuat pembayaran di kaunter bayaran Pejabat Majlis Daerah Jerantut. Kaunter bayaran akan ditutup bermula jam 12.00 tengah hari pada 31/12/2020.

Kaunter bayaran dan perkhidmatan pembayaran secara atas talian akan mula beroperasi semula pada 2hb Januari 2021.

Segala kesulitan amatlah dikesali.