MENU

Sebutharga adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal atau akauntan-akauntan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan serta ahli berdaftar dengan MIA untuk menyertai sebutharga yang dinyatakan di bawah:

BIL

NO SEBUT HARGA & TAJUK BEKALAN

KEPALA/SUB KEPALA

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

1

 

(MDJ/KEW/SH/01/2021)

 

PERKHIDMATAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Kod Bidang 221803 (Penyediaan Akaun)

 

Berdaftar sebagai ahli MIA (Malaysian Institute of Accountants)

26.11. 2021

12.00 T/hari

 

2      Jadual kadar harga seperti di LAMPIRAN A berkembar.

3     Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk menyertakan perkara di bawah ini:

 

 i)     Salinan Sijil Kementerian Kewangan                                                                         

 ii)    Salinan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra

iii)    Salinan Sijil Ahli Malaysian Institute Of Accountants                                                               

 iv)   Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Kod Bidang 221803 (Penyediaan Akaun)

 v)    Profil Syarikat

 

4          Skop kerja adalah menyambung tugas perakaunan menggunakan perisian MYOB. Pihak Majlis telah siap memasukkan data belanja dan hasil tahun 2021 seterusnya  selesai Penyesuaian Bank (bank reconciliation). Tarikh jangkaan dokumen-dokumen kewangan seperti bayaran bagi Akaun Kena Bayar 2021, Senarai Aset-Aset Baru, Senarai Kakitangan Yang Mendapat Gantian Cuti Rehat(GCR), Cukai Taksiran, Sewaan, Salinan Projek-projek, Senarai Pendeposit ini siap sepenuhnya pada 15 Februari, 2022. Tugasan menyambung menyiapkan Penyata Kewangan hendaklah:

 

4.1      mengikuti piawaian MPSAS (Malaysia Public Sector Accounting Standard).

4.2       mengkelas, menyemak, mengenalpasti, mengesah,  merekod dan menganalisa dokumen-dokumen kewangan.

4.3       Menyiapkan Daftar Aset dan Susutnilai Aset Majlis Daerah Jerantut Bagi Tahun 2021.

4.4       Membuat pelarasan dan pembetulan berkenaan teguran audit tahun lepas.

4.5       Memberi tunjuk ajar penggunaan perisian MYOB (sistem perakaunan MDJ) serta pendedahan secara langsung kepada pegawai yang terlibat secara langsung dengan penyediaan penyata kewangan ini.

4.6       Menyediakan Fail Akaun sebanyak 2 set untuk tujuan Pengauditan dan Rekod.

4.6       Hendaklah hadir semasa menjawab surat pengurusan dari Jabatan Audit Negara, hadir ketika pembentangan Penyata Kewangan 2021 di dalam Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Jerantut , dan hadir ketika Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara.

4.7       Menyiapkan penyata kewangan lengkap untuk diaudit mengikut piawaian MPSAS pada 15 April 2022.

 

5          Borang sebutharga ini boleh diperolehi di Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Jerantut  secara percuma sahaja dan melalui laman sesawang Majlis Daerah Jerantut.

 

6          Tarikh tutup sebutharga adalah pada 26.11.2021. Pihak tuan adalah diminta untuk menulis nombor siri sebutharga iaitu MDJ/KEW/SH/01/2021 di sudut kiri sampul surat dan tawaran sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dihantar untuk dimasukkan ke Peti Sebutharga (Tingkat Atas Bangunan Majlis Daerah Jerantut) ke alamat berikut sebelum jam 12.00 tengahari pada 26.11.2021;

 

Pejabat Majlis Daerah Jerantut

27000, Jerantut,

Pahang

 

7           Kerjasama dari pihak tuan kami ucapkan terima kasih.

 

Attachments: 
Tender Reference: 
MDJKEWSH012021
Tender Closing Date: 
Friday, 26 November 2021