Statistik Kawasan
Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Diantara kawasan yang dimasukkan adalah :-
i. Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
ii. Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
iii. Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
iv. Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
v. Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
vi. Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
vii. Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.
Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus dari keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan adalah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan. Pembahagian kawasan Majlis Daerah Jerantut hanya meliputi beberapa kawasan tertentu sahaja seperti mana di dalam jadual 1.
Jadual 1 : Pembahagi Kawasan Majlis Daerah Jerantut
| Mukim | Keluasan Keseluruhan (KM Persegi) | Kawasan Operasi (KM PERSEGI) |
| Pedah Burau Tebing Tinggi Ulu Cheka Pulau Tawar Kuala Tembeling Tembeling Tengah Teh Kelola Ulu Tembeling | 21.46 18.10 9.21 27.60 21.20 10.02 - 12.50 - - | 11.08 6.10 3.20 5.65 1.80 1.20 - 0.85 - - |
| Jumlah | 120.09 | 29.88 |
Sumber: Cadangan Perluasan Kawasan Majlis Daerah Jerantut Ekoran Penutupan LKWJ Di Negeri Pahang
























