mengenai mdj
- Perutusan YDP
- Piagam Pelanggan
- Matlamat & Objektif
- Fungsi
- Logo
- Organisasi
- Akta & Undang-undang Kecil
- Ahli Majlis
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web Majlis Daerah Jerantut. Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah rahmat-Nya Laman Web Rasmi Majlis Daerah Jerantut dapat dibangunkan dengan jayanya. Kehadiran laman web ini merupakan satu langkah ke hadadapan dalam mengharungi era Teknologi Maklumat yang terkini dan menjadi semakin penting dalam menyahut seruan kerajaan kearah kerajaan elektronik (e-Government). Ia bukan sahaja menyediakan kemudahan maklumat, tetapi menjadi saluran kepada pencetus minda kepada penerima dan penyampai. Atas kesedaran terhadap perkembangan dan pembangunan yang pesat dan semakin penting, Majlis Daerah Jerantut juga tidak mahu ketinggalan untuk terlibat sama dalam kemajuan teknolgi maklumat terkini. Di harap dengan pelancaraan laman web Majlis Daerah Jerantut ini, akan memudahkan para pengguna khususnya penduduk di Majlis Daerah Jerantut ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. Dengan ini juga diharap pengunjung laman web ini dapat memberi maklumbalas serta pandangan bagi meningkatkan dan memantapkan lagi laman web ini dan seterusnya meningkatkan taraf pembangunan daerah Jerantut. Pandangan dan idea-idea atau sebarang masalah boleh e-mailkan ke ydp@mdjerantut.gov.my atau info@mdjerantut.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Ismail bin Haji Mohd Ali,DIMP.,AAP.,AMP.,PJK
Yang DiPertua Majlis Daerah Jerantut