MENU

Pengangkutan Bas

Terdapat sebuah Terminal Bas/Teksi di Jerantut yang terletak di tengah-tengah bandar Jerantut. Di samping itu tempat-tempat perhentian bas juga disediakan di bandar Jerantut dan juga di sepanjang jalan Persekutuan dan Negeri dalam daerah ini.

Terdapat 2 jenis perkhidmatan bas yang beroperasi di sekitar Jerantut iaitu bas ekspres dan bas berhenti-henti (stage bus). Terdapat 4 jenis konsortium pemilik bas yang beroperasi di Jerantut iaitu Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad, S.E Ekspress, Kuala Tahan Ekspress dan Pahang Ling Siong Bhd. Kebanyakan laluan bas biasa ini bermula pada pukul 6.00 pagi dan tamat pada pukul 6.00 petang.

Bagi laluan bas henti-henti syarikat bas adalah

  • Pahang Ling Siong Bhd.
  • Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad

Bagi laluan bas ekspres syarikat bas adalah

  • S.E Ekspress – perjalanan ke Kuala Lumpur- Klang
  • Kuala Tahan Ekspress
  • Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad – perjalanan ke Kuantan

Syarikat Tanjong Keramat T.U.O Berhad

 Jenis Bas  Destinasi  Masa Bertolak
Ekspress Jerantut - Kuantan (Tambang RM10.30) 8.30 pagi - 11.00 pagi
2.30 petang
Jerantut - Bahau  
Bas Berhenti-henti Jerantut - Jengka24 8.15 pagi – 11.00 pagi
1.30 petang – 5.00 petang
Jerantut - Kota Gelanggi 9.00 pagi – 11.30 pagi
1.45 petang – 5.00 petang
Jerantut - Kerambit 8.15 pagi – 11.15 pagi
1.45 petang – 5.15 petang
Jerantut - Padang Piol 7.30 pagi – 9.30 pagi – 11.30 pagi
1.30 petang – 4.30 petang – 6.30 petang
Jerantut - Temerloh 6.00 pagi – 8.00 pagi – 9.00 pagi – 10.00 pagi – 11.00 pagi
12.00 t/hari
1.00 petang – 2.00 petang – 3.00 petang – 4.00 petang – 5.00 petang – 6.30 petang