Pelancongan & perhotelan
- Taman Negara
- Gua Kota Gelanggi
- Air Terjun Lata Meraung
- Tasik Paya Kangsar
- Gunung Benom
- Senarai Hotel & Resort
Pelancongan& Perhotelan di Jerantut
TENTANG JERANTUT...
Jerantut merupakan daerah yang terbesar di negeri Pahang di mana ia terletak di tengah-tengah antara semua daerah di negeri. Ia terletak bersempadan daerah Lipis, Maran dan Temerloh. Jerantut berada 200 km dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Pada masa kini para pengunjung yang ingin ke Jerantut boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dari Kuantan mahupun dari Kuala Lumpur. Terdapat banyak tempat menarik yang dapat dilawati oleh pengunjung yang datang ke Jerantut. Salah satunya ialah Taman Negara.
Taman Negara
Info Ringkas | Bagaimana ke sana? | Senarai Agensi | Senarai Hotel & Resort di Taman Negara
Taman Negara Pahang memang terkenal dengan kekayaan alam flora yang semulajadi. Ia terletak di kawasan Kuala Tahan, Jerantut. Pelbagai tempat menarik terdapat di sini yang boleh dilawati seperti Jambatan Gantung (canopy walk), Lata Berkoh, Bukit Teresek, Safari Night, Gua Telinga, Lubok Simpon, Nusa Camp, Perkampungan Orang Asli dan sebagainya.
Perjalanan ke Taman Negara Pahang boleh melalui 2 cara iaitu:
- JALAN DARAT
- Menggunakan jalan darat iaitu dengan menaiki kenderaan seperti kereta, bas, teksi dan sebagainya.
- Jarak perjalanan mengguna jalan darat ini mengambil masa kira-kira 1 jam dari Bandar Jerantut.
- Dari Bandar Jerantut pengguna boleh menuju ke Felda Padang Piol dan akan melalui Felda Sg. Retang, Kg. Merting, Kg. Sg. Tekal, Kg. Gol, Kg. Padang, Felcra Tembeling Tengah, Kg. Tekah, Kg. Belebar sehingga ke Kuala Tahan.
- JALAN AIR
- Menggunakanjalan air iaitu dengan menaiki bot
- Jarak perjalanan mengambil masa 3 jam
- Pengunjung boleh menaiki bas atau teksi menuju ke Jeti Kuala Tembeling. Dari sini pengunjung boleh menaiki bot terus sampai ke Kuala Tahan memudik / melawan arus Sg. Tembeling dan akan melalui beberapa perkampungan seperi Pasir Tambang, Pasir Durian, Jeram Ampai, Kg. Chebong, Kg. Labu, Kg. Merting, Kg. Gol, Kg. Sg. Tiang, Kg. Padang, Kg. Tekah dan Kg. Belebar
Senarai Hotel & Resort di Taman Negara
| Mutiara Taman Negara Kuala Tahan 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur Tel:09-2663500 / Faks:09-2661500 E-mail:fomtn@mutiarahotels.com http://www.mutiarahotels.com/ |
Pesona Village Resort Taman Negara 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur Tel:09-2669696 / 2662622 / 2662622 Faks:09-2671196 |
| Teresek View Motel Taman Negara Kuala Tahan 27000 Jerantut Pahang Darul Makmur Tel:09-2602720 / 09- 2602721 Faks:09-2602722 |
Rainforest Resort Taman Negara P.O.Box 76 27000 Jerantut Pahang Tel:09-266 7888 / 7241/ 7637 Faks:09-2672352 http://www.rainforest-tamannegara.com email: resvns@rainforest-tamannegara.com |
| Woodland Resort Tel:09-2661111 |
Agoh Chalet Tel:09-2663500 |
| Ekoton Chalet Tel:09-2669897 |
Homestay Sg. Tekah (House) Tel:09-2666387 |
| Liana Hostel Tel:09-2669322 |
Nusa Camp Tel:09-2662369 |
| Tahan Guest House Tel:09-266 7752 |