MAJLISDAERAH JERANTUT

Cukai Taksiran

  1. Definisi Cukai Taksiran
  2. Tempoh Cukai Taksiran Dijelaskan
  3. Kadar Denda
  4. Kemudahan Bayaran
  5. Prosedur Pindah Milik
Definisi Cukai Taksiran

Dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :-

  • Rumah Kediaman
  • Harta perusahan(kilang,kedai,hotel dan lain-lain)
  • Tanah kosong yang terletak dalam kawasan MDJ

Bagaimana Cukai Taksiran Dikira?

Cukai Taksiran dikira berdasarkan kepada Nilai Tambahan dan Kadar Nilai Tambah berasaskan kepada Harga Pasaran harta pada satu aras nilai tertentu. Kadar pula adalah peratus yang dikenakan ke atas nilai harta tersebut sebagai cukai harta yang perlu dibayar.

Nilai Tambah Harta boleh dipinda sekiranya terdapat perubahan pada harta atau berlaku kesilapan atau ketidakseragaman mengikut Seksyen 144 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pemilik harta boleh membuat bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis sebelum tamat tempoh yang diberikan.

Tempoh Cukai Taksiran Dijelaskan

Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :-

  • 1/2 tahun pertama - 1hb . Januari hingga 28hb Februari
  • 1/2 tahun kedua - 1hb . Julai hingga 31hb Ogos bagi tiap - tiap tahun
Bagaimana Jika ia Tidak Dijelaskan Dalam Tempoh Tersebut?

Mengikut Seksyen 127 (1) Akta 171 Kerajaan Tempatan tindakan yang akan dikenakan jika anda tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut adalah:

  • Notis E - Notis (borang E ) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 15 hari dari tarikh notis. Denda mengikut ketetapan MDJ dikenakan daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda - mengikut seksyen 147 (1)
  • Waran F

Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan MDJ merampas barang - barang yang ada di dalam bagunan, atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan / tanah melalui Pendaftaran Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 151. Bayaran waran sebanyak 10% juga akan dikenakan

Kadar Denda yang Dikenakan
JUMLAH HUTANG BAYARAN LEWAT
RM100.00 ke bawah RM2.00
RM101.00 - RM200.00 RM3.50
RM201.00 - RM300.00 RM5.00
RM301.00 - RM400.00 RM6.50
RM401.00 - RM500.00 RM8.00
Melebihi jumlah di atas bagi bagi setiap RM100.00 RM2.00

Kemudahan Bayaran

Cukai Taksiran boleh dibayar menerusi:

  • Kiriman wang pos, money order dan bank draf berpalang  atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut.
  • Melalui CIMBclicks
  • Pembayaran dengan cek persendirian tidak digalakkan.
  • Semua bayaran boleh dibuat di Kaunter Kutipan Majlis Daerah Jerantut
Ke atas