Piagam Pelanggan
Kami kakitangan Majlis Daerah Jerantut dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti di dalam semua bidang tugas yang telah diamanahkan, di antara lain mencakupi perkara-perkara seperti berikut:
- Memproses borang permohonan lesen dalam tempoh satu bulan setelah mendapat pandangan dari jabatan-jabatan yang terlibat
- Mengeluarkan permit sementara perniagaan dalam masa 1 hari setelah mendapat kelulusan Yang DiPertua, Setiausaha dan Ketua Bahagian
- Mengeluarkan surat tawaran kepada pemborong yang berjaya selepas 7 hari bekerja dari tarikh sebutharga diputuskan oleh J/K Tender MDJ
- Membuat perakuan siap kerja dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penyerahan inden ke pejabat
- Menyelesaikan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja setelah menerima tuntutan bayaran
- Mengambil tindakan ke atas segala aduan berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan landskap seperti pemotongan rumput, kebersihan jalan, pelepah pokok dan penebangan pokok dalam tiga hari bekerja
- Memproses permohonan penyewaan peralatan MDJ dalam tempoh 7 hari bekerja
- Memproses permohonan secara serentak bagi konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh 4 hingga 6 bulan daripada tarikh penerimaan yang lengkap