Jabatan Kejuruteraan
A. PERMOHONAN KELULUSAN SAMBUNGAN/UBAH SUAI TERBUKA
Permohonan kelulusan sambungan dan ubah suai terbuka dan pengubahsuaian kecil akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-
- Dokumen dan pelan lakar dikemukakan lengkap.
- Bayaran telah dijelaskan
- Segala kehendak seksyen 14(1) dan (2) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dipenuhi.
B. PERMOHONAN KELULUSAN SAMBUNGAN/UBAH SUAI TERTUTUP
Permohonan kelulusan sambungan dan ubah suai tertutup akan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat:-
- Dokumen dan pelan dikemukakan oleh Pelukis Pelan Berdaftar
- Bayaran telah dijelaskan.
C. PERMOHONAN KELULUSAN PELAN SETARA
Permohonan Kelulusan Pelan Setara akan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh surat permohonan diterima dengan syarat bayaran telah dijelaskan.
D. PERMOHONAN BAGI MEMBAIK PULIH KEROSAKAN HARTA MAJLIS DAERAH JERANTUT
- Aduan kerosakan aharta milik Majlis Daerah Jerantut akan disiasat dalam tempoh 3 hari bekerja dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut keadaan dan keperluan semasa dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
- Maklum balas aduan kepada pelanggan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.