Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Merah Tukar Latarbelakang Kuning
 
   Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
MDJ

Taman Negara


 

Taman Negara

 

Info Ringkas

Taman Negara yang merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia merupakan salah satu tumpuan utama pelancong di dalam mahupun pelancong dari luar negara. Di sini turut kaya dengan pelbagai bentuk gua-gua batu kapur. Antaranya ialah Gua Telinga dan Gua Kepayang Besar. Para pelancong juga boleh melihat pelbagi jenis dan spesis binatang dan tumbuhan melalui Bumbum Tebing dan Bumbum Blau. Bagi memenuhi keselesaan pengunjung yang mengunjungi kawasan ini, pihak Taman Negara telah menyediakan beberapa kemudahan dan antaranya ialah chalet, tapak perkhemahan, bangku rehat, tandas awam, restoran, kedai cenderamata dan sebagainya. Selain itu bekalan air, elektrik dan telekomunikasi juga disediakan.

Taman Negara Kuala Tahan merupakan taman yang terbesar di negara kita dengan keluasan 4,343 km persegi yang menyimpan khazanah negara yang kaya dengan fauna dan flora. Semua hidupan liar dan tumbuhan tidak boleh diganggu bagi memastikan keindahan alam semulajadi yang asli dapat dikekalkan agar tidak pupus dan tidak musnah. Para pengunjung juga boleh melihat keindahan alam semulajadi melalui ‘Canopy Walkway' iaitu sebuah jambatan yang dibina daripada tali, jaring, kayu dan kabel setinggi 25 meter dari paras tanah dan panjang lebih kurang 400 meter. Pengunjung-pengunjung ke Taman Negara ini biasanya akan tinggal dua hingga empat hari bergantung kepada aktiviti yang dipilih.

Halaman: 1  2  3  4  

CARIAN
KALENDAR
Bulan Sebelumnya Tahun Sebelumnya 06 Februari 2012 tahunselepas bulanselepas
I S R K J S A
28 29 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)    Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur    1 Malaysia   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia    Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia   MyID   Kuantan  Kuantan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Bera   Cameron Highlands    Lipis    Maran   Pekan    Raub   Rompin   Temerloh