Memastikan cukai taksiran ditetapkan atau mula dipungut tepat pada masanya
Menetapkan nilaian yang adil dan berpatutan kepada semua pembayar cukai berdasarkan undang-undang yang ditetapkan dan digunapakai oleh Majlis Daerah Jerantut
Pengutipan tunggakan cukai taksiran melalui operasi kutipan tunggakan serta ulasan lesen dan pelan
Fungsi Utama Bahagian Penilaian & Cukai Taksiran
Menilai semua harta bagi maksud cukai taksiran
Mendapatkan maklumat pegangan di Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pemaju, ROC dan lain-lain
Menganalisa dan menyediakan cadangan penetapan kadar peratusan cukai
Menyediakan tuntutan caruman membantu kadar (CBK)
Menjalankan operasi sitaan mengikut Akta yang digunapakai oleh Majlis Daerah Jerantut.