Merancang dan mengawal pembangunan di dalam Kawasan Majlis Daerah Jerantut bagi mewujudkan suasana perbandaran yang menarik, tersusun dan berdaya saing .
Menyediakan kawasan landskap dan rekreasi yang indah dan menarik didalam kawasan Majlis Daerah Jerantut selaras dengan garis panduan dan dasar-dasar kerajaan
Memberi ulasan permohonan kelulusan tukar syarat, pecah sempadan cantuman, pecah bahagian dan LPS dari PTD/PTG
Memberi ulasan berkaitan dengan permohonan nama taman perumahan, nama jalan dan nombor alamat rumah taman perumahan
Menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan Akta, Garis panduan dan Rancangan Pembangunan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan)
Memproses permohonan pelan landskap yang dikemukakan
Membuat pelan-pelan teknikal, spesifikasi kerja, anggaran, proses pengeluaran tender/sebutharga yang berkaitan dengan landskap
Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan-aduan yang berkaitan dengan landskap dan rekreasi seperti kerosakan peralatan permainan kanak-kanak dan riadah serta pokok tumbang
Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi kawasan landskap dan rekreasi di dalam kawasan Majlis seperti di Taman Warisan, Pusat Rekreasi Lembah Kiol dan kawasan sekitar bandar Jerantut