Pilih Saiz :    |   Pilih Warna : Set Semula 
 
  Bahasa Melayu| English    Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA » MAJLIS DAERAH JERANTUT » Pengurusan » Jabatan » Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat


Struktur Organisasi Bahagian Teknologi Maklumat Majlis Daerah Jerantut

 

 


 

Objektif Bahagian Teknologi Maklumat

Merancang, membangun dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi dan perkakasan komputer serta komunikasi Majlis bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengguna ICT selaras dengan dasar-dasar ICT kerajaan di samping memberi kemudahan kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Majlis Daerah Jerantut.

 

Fungsi Utama Bahagian Teknologi Maklumat

  • Pembangunan Sistem Maklumat

    • Mengkaji keperluan pengguna dan pengubahsuaian sistem

    • Membangunkan sistem aplikasi dengan menyediakan spesifikasi rekabentuk, spesifikasi fungsian dan pengkodan

    • Menyediakan dokumentasi bagi setiap sistem yang dibangunkan

    • Menyelenggara sistem aplikasi dari masa ke semasa

    • Penyeliaan operasi ke atas sistem aplikasi

    • Meningkatkan keupayaan sistem

    • Membangun laman web

    • Mengemaskini maklumat laman web dari masa ke semasa

  • Teknikal dan Penyelenggaraan Perkakasan

    • Memberi khidmat bantuan dan sokongan teknikal kepada pengguna

    • Meningkatkan keupayaan perkakasan termasuk rangkaian komputer

    • Membaiki dan ‘trouble shoot' perkakasan komputer seperti PC dan pencetak

  • Pengurusan Sistem Maklumat

    • Mengesan pengaliran data yang masuk ke sistem adalah data yang sah dan teratur

    • Mengawal selia data

    • Bertanggungjawab dalam proses 'back-up' sistem aplikasi yang digunakan

    • Mengeluarkan laporan-laporan yang dikehendaki oleh unit-unit lain di Majlis


Hubungi Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat

Majlis Daerah Jerantut

27000 Jerantut

Pahang Darul Makmur

Telefon  : 09-2662205 sambungan 19/34

Faks     : 09-2661545

Emel    : safuan@mdjerantut.gov.my

              hasmiza@mdjerantut.gov.my

 

 

 

 

 
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Koridor Raya Multimedia