Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna : Set Semula  Tukar Teks Merah Tukar Teks Biru Tukar Teks Hijau    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Merah Tukar Latarbelakang Kuning
 
   Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
MDJ
LAMAN UTAMA » Soalan Lazim
SOALAN LAZIM
Umum
Cukai Taksiran
Pelesenan
Perkhidmatan Perbandaran
Aduan
Umum
Q : 1. Apakah perbezaan antara Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
A :

Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
        a. Majlis /Dewan Bandar Raya
        b. Majlis Perbandaran
        c. Majlis Daerah

  1. Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
  2. Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta
  3. Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.
Q : 2. Berapa lamakah kelulusan bagi penyewaan dewan atau peralatan dari Majlis dikeluarkan?
A : Kelulusan akan diberi dalam tempoh 7 hari bekerja setelah segala syarat syarat dipenuhi.
Q : 3. Bilakah bayaran bagi penyewaan dewan atau peralatan perlu dibuat?
A : Bayaran perlulah dibuat sekurang kurangnya 1 minggu sebelum majlis atau acara
Q : 4. Bilakah peralatan bagi yang disewa akan dibekalkan?
A : Peralatan akan dibekalkan selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat bayaran telah dijelaskan
Q : 5. Jika pihak yang di pertanggunajawabkan tidak melaksanakan kerja kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna atau orang ramai?
A : Pihak pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin


Tidak dapat menemukan jawapan ?    Kirim Pertanyaan
[1] [2]   selepas    terakhir  
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)    Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur    1 Malaysia   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia    Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia   MyID   Kuantan  Kuantan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Bera   Cameron Highlands    Lipis    Maran   Pekan    Raub   Rompin   Temerloh