Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |   Pilih Warna Kontra : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal    |   Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Merah Tukar Latarbelakang Kuning
 
   Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
MDJ
LAMAN UTAMA » MAJLIS DAERAH JERANTUT » Pengurusan » Jabatan » Unit Pusat Setempat

Unit Pusat Setempat


Struktur Organisasi Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Jerantut


 

Latarbelakang Pusat Setempat Majlis Daerah Jerantut

Penambahbaikan ke atas sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan adalah merupakan aspek terpenting dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam seperti yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 13 April 2007 yang lalu.

Inisiatif penubuhan Pusat Setempat telah diperluaskan kepada menerima permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan jalan, parit secara serentak supaya dapat diedarkan kepada jabatan teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan dan pandangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Menerusi Pusat Setempat, tempoh masa memproses permohonan cadangan pemajuan secara serentak dapat dipendekkan kepada empat hingga enam bulan berbanding dahulunya yang memakan masa tiga hingga lima tahun. Ini sekaligus telah meningkatkan sistem penyampaian di peringkat PBT.

Tempoh masa empat bulan adalah untuk projek terpilih sahaja iaitu projek Bina Kemudian Jual (BKJ), projek berimpak tinggi, projek pelaburan asing dan projek kerajaan. Sementara bagi projek lain, norma masa memproses adalah enam bulan.

Di samping itu, inisiatif lain yang diperkenalkan adalah Sistem Perakaun Siap dan Pematuhan atau ‘Certificate Of Completion And Compliance’ (CCC) yang dikeluarkan oleh para profesional. Kaedah ini adalah merupakan penambahbaikan pelaksanaan ‘self-certification’ dan ‘self regulation’ dalam industri pembinaan.

Halaman: 1  2  

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Koridor Raya Multimedia   Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)    Laman Web Rasmi Pahang Darul Makmur    1 Malaysia   Portal Rasmi Kerajaan Malaysia    Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia   MyID   Kuantan   Kuantan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia   Bera   Cameron Highlands    Lipis    Maran   Pekan    Raub   Rompin   Temerloh