MENU

rtd-publisiti

NOTIS PEMBERITAHUAN

DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JERANTUT 2020 (PENGUBAHAN 2)

YANG TERSEDIA UNTUK DIPERIKSA

 

Menurut subseksyen 13 (1) dan (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172], dengan ini diberitahu bahawa salinan Draf Rancangan Tempatan tersebut di atas boleh didapati untuk pemeriksaan awam bermula pada 15 Mac 2023 (Rabu) sehingga 14 April 2023 (Jumaat) pada hari bekerja di tempat-tempat seperti yang berikut:

TARIKH MASA TEMPAT
15 Mac 2023 sehingga 14 April 2023 8.30 pagi - 4.30 petang
(hari bekerja)

• Pejabat Majlis Daerah Jerantut

• Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

• Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang
  (PLANMALAYSIA@Pahang)
  (Tingkat 4) Kompleks Tun Razak,
  Bandar Indera Mahkota, Kuantan

 

Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) tersebut juga boleh diperiksa secara dalam talian di laman sesawang berikut :

https://mdjerantut.gov.my
https://jpbd.pahang.gov.my

Orang awam adalah dijemput untuk memeriksa Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) berkenaan. Bantahan terhadap atau representasi berkenaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) tersebut boleh dikemukakan dengan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan, surat atau memorandum sebelum atau pada 14 April 2023 dan hendaklah dialamatkan kepada :

 

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH JERANTUT
27000 Jerantut Pahang

Tel : 09-2662205
Faks: 09-2661545

E-mel: perancang@mdjerantut.gov.my

 

  atau  

PENGARAH

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang (PLANMalaysia@Pahang)
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan PAHANG.

Tel : 09-5721181
Faks :09-5732001

E-mel : pengarah.plan@pahang.gov.my

 

 

Muatturun Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan)

Muatturun Borang Bantahan