MENU

Adalah dipelawa kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam kelas dan jenis Pendaftaran yang berkaitan dan yang masih membuat tawaran buat masa ini untuk berdaftar dengan Majlis Daerah Jerantut untuk tempoh 15 JANUARI 2022 HINGGA 15 JANUARI 2023. Sehubungan itu, kontraktor-kontraktor adalah dipelawa untuk hadir ke HARI PENDAFTARAN KONTRAKTOR yang ditetapkan pada 21 JANUARI 2022 (JUMAAT) JAM 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG.

PENDAFTARAN KONTRAKTOR

  1. Untuk maksud ini Kontraktor-kontraktor yang ingin membuat pendaftaran DIWAJIBKAN membawa:

 

  1. Perakuan Pendaftaran Asal Atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),
  2. Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK),
  3. Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera dan,
  4. Sijil Asal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

 

Salinan - salinan Perakuan  dan Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat  yang mengeluarkannya dan Sijil dari Majlis Daerah Jerantut.

 

  1. Pendaftaran boleh dibuat mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang semasa waktu pejabat di Bilik Seminar, Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.

 

  1. Bayaran bagi pendaftaran tersebut hendaklah  dibuat  dalam  Ringgit  Malaysia  dan  dalam bentuk Tunai / Draf Bank / Wang Pos / Kiriman Wang Pos  SAHAJA.

 

  1. Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Mendapat Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) SAHAJA dibenarkan untuk membuat pendaftaran dengan Majlis Daerah Jerantut. Kontraktor juga diwajibkan untuk memakai pelitup muka.