MENU

Penentuan Kelas

Kelas 1 : Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda (kecuali teksi dan bas)
Kelas 2 : Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas)
Kelas 3 : Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas)
Kelas 4 : Semua jenis teksi dan limosin
Kelas 5 : Semua jenis bas 

Sumber :MTD Infraperdana Bhd.
Untuk maklumat lanjut sila layari

http://www.mtdinfraperdana.com/toll_roads/default.asp

Melalui Jalan Keretapi 

Selain dari menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam, pengunjung yang ingin berkunjung ke Jerantut boleh juga menaiki keretapi dan akan tiba di stesen keretapi Jerantut. Bagi pengunjung yang ingin mengetahui jadual perjalanan untuk menggunakan perkhidmatan keretapi, mereka boleh melayari http://www.ktmb.com.my

Melalui Sungai

Sungai juga merupakan pengangkutan yang tidak kurang pentingnya di daerah ini. Pengangkutan jenis ini popular di bahagian utara Jerantut iaitu di Sungai Tembeling. Ini merupakan pengangkutan utama penduduk di sana pada masa dahulu. Walaupun kemudahan jalanraya yang menghubungkan bandar Jerantut dengan penduduk di sekitar kawasan tersebut telah dibangunkan, namun penduduk di situ lebih gemarkan cara pengangkutan yang lama. Selain itu para pelancong yang ingin ke Taman Negara turut menggunakan pengangkutan ini untuk ke sana.

Jeti

Tedapat beberapa buah jeti telah dibina di sepanjang Sungai Tembeling ini. Jeti utama adalah Kuala Tembeling dan Kuala Tahan. Selain itu terdapat juga jeti-jeti kecil di sepanjang Sungai Tembeling samada dibina sendiri atau oleh agensi-agensi tertentu untuk kegunaan penduduk setempat dan juga pelancong.

Bot

Perkhidmatan ini ditawarkan terutamanya kepada pelancong. Ia bermula dari Kuala Tembeling hingga ke Kuala Tahan.