MENU
Image resize threshold of 10 remote images has been reached. Please use fewer remote images.

Berapa lamakah kelulusan bagi penyewaan dewan atau peralatan dari Majlis dikeluarkan?

a. Kelulusan akan diberi dalam tempoh 7 hari bekerja setelah segala syarat syarat dipenuhi.
b.

Apakah perbezaan antara Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

a. Pihak berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut: a. Majlis /Dewan Bandar Raya b. Majlis Perbandaran c. Majlis Daerah Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 1,000,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta. Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.
b.

Bilakah bayaran bagi penyewaan dewan atau peralatan perlu dibuat?

a. Bayaran perlulah dibuat sekurang kurangnya 1 minggu sebelum majlis atau acara.
b.

Bilakah peralatan bagi yang disewa akan dibekalkan?

a. Peralatan akan dibekalkan selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat bayaran telah dijelaskan.
b.

Jika pihak yang di pertanggunajawabkan tidak melaksanakan kerja kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengguna atau orang ramai?

a. Pihak pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.
b.

Definisi Cukai Taksiran

a. Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :- Rumah Kediaman Harta perusahan(kilang,kedai,hotel dan lain-lain) Tanah kosong yang terletak dalam kawasan Majlis Daerah Jerantut
b.