MENU

SISTEM TEMPAT LETAK KERETA BERBAYAR

 

Pengenalan

Unit Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Jerantut bertanggungjawab untuk melaksana dan mengurus tempat letak kereta di kawasan Majlis Daerah Jerantut.

 

Tujuan

  • Menyediakan keselesaan dan kemudahan kepada orang awam untuk meletakkan kenderaan;
  • Memastikan tempat letak kereta tersusun dan tidak menghalang lalu lintas.

Kawasan yang terlibat

 Zon 

Kawasan

A

Bandar Lama sehingga Gerai Padang Bandaran

B Bandar Baru – Jalan Tahan, Jalan Irong, Pasar Besar, Terminal Bas, Kompleks Niaga, Hotel Sakura, Barisan Bank RHB sehingga Hotel Firdaus
C Bandar Inderapura – Sekitar Bandar Inderapura, Barisan Restoran Tokyo, Petronas Inderapura, Barisan Bank Rakyat, Bangunan May Bank, Bangunan Klinik Mahmud,Bangunan Bumi Air cond
D Kedai RM2, Sepanjang Kedai Taman Wawasan, Taman Saujana Utama, Taman Temin Utama, Kawasan Industri Ringan
E Simpang Sg Jan sehingga Hotel Wau

   

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am: Dikecualikan

 

Sistem Kutipan Yang Digunakan

Majlis Daerah Jerantut memulakan penggunaan Sistem Letak Kereta Berkupon mulai 1 Januari 2022.

 

Kupon Letak Kereta Jam

  • Dijual dan dipamer berdasarkan kepada masa pada kadar RM0.40 sejam.

 

Kupon Harian 

  • Dijual dan dipamer berdasarkan kepada harian pada kadar RM3.60 sehari.

 

Pas / Stiker Bulanan

 

Tempat Letak Kereta Bermusim/Petak Khas

  • Kadar yang akan dikenakan adalah sebanyak RM80.00/petak/bulan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan diberikan oleh Majlis Daerah Jerantut

 

Cara Mendapatkan Kupon

 

 

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi:

Unit Tempat Letak Kereta
Majlis Daerah Jerantut
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-266 2205 Faks: 09-266 1545
emel: utlk_mdj@mdjerantut.gov.my