MENU

Rasional Logo

Perkara Definisi

Warna Kuning

Melambangkan bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai institusi beraja

Warna Hijau

Kemakmuran rakyat Negeri Pahang serta keindahan hutan rimba yang semulajadi yang mendatangkan hasil kepada Daerah Jerantut khususnya dalam industri pembalakan dan pelancongan

Lambang Negeri Pahang

Berlatarkan peta Daerah Jerantut yang bererti Majlis Daerah Jerantut adalah terletak dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang

Bentuk 3 orang manusia

Melambangkan hasrat penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Jerantut untuk hidup dengan penuh harmoni di antara ketiga-tiga kaum yang terbesar di Malaysia. Lambang ini merupakan lambang perpaduan penduduk di Daerah Jerantut dan seterusnya kepada negara

Bulan Sabit

Melambangkan agama Islam yang menjadi agama rasmi negara. Agama mementingkan keadilan

Lambang Kemajuan Pembangunan & Kilang Industri

Menunjukkan kepesatan pembangunan Daerah Jerantut serta penglibatan penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Jerantut dalam menjayakan dasar ekonomi kerajaan