MENU

Definisi Pelesenan

Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan dikenakan ke atas semua premis perniagaan dan penjaja sekitar kawasan operasi MDJ mengikut kategori jenis perniagaan yang dipohon oleh pemohon.

Tempoh Lesen Perniagaan

Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh MDJ adalah selama setahun. Semua peniaga/ penjaja dikehendaki memperbaharui lesen perniagaan setiap tahun.

Jenis Lesen Perniagaan

Jenis-jenis Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh MDJ:-

Penjaja Statik

Penjaja Bergerak

Hardware

Kukur Kelapa

Bengkel

Makanan/Minum

Emporium

Buah-buahan

Stesen Minyak

Panggung Wayang

Peniagaan Runcit

Daging Lembu/Kerbau

Gunting Rambut

Jual Beli Getah

Kedai Ubat

Ikan Borong

Elektrik

Perabot/Kraftangan

Sayur-sayuran

Sports Toto

Iklan tanpa premis

Pakaian/Jahit

Sekolah/Pejabat Swasta

Kilang Papan/Bata/Simen

Hotel

Rumah Urut

Lain-lain Perniagaan

Ikan Runcit

Sayur Borong

 

 

 

 

Cara Memohon Lesen Perniagaan

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Perniagaan yang boleh didapati di Kaunter Kutipan MDJ atau muat turun borang tersebut di laman web MDJ di www.mdjerantut.gov.my. Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan.