MENU

Peringatan Penting Cukai Taksiran

Bil Cukai Taksiran bagi tempoh setengah tahun pertama (Januari - Jun) hendaklah dijelaskan sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Februari manakala bagi tempoh setengah tahun kedua (Julai - Disember) adalah pada atau selewat-lewatnya pada 31 Ogos setiap tahun. Kelewatan membayar dalam tempoh yang ditetapkan akan dikeluarkan Notis E dan akan dikenakan denda lewat sepertimana berikut :-

 


 

WARAN PENAHANAN HARTA (Warrant Of Attachement) akan dikeluarkan jika bayaran yang dituntut di dalam Notis E TIDAK dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tempoh notis tersebut disampaikan. Caj tambahan sebanyak 10% akan dikenakan berasaskan kepada keseluruhan jumlah tunggakan. Kegagalan pemilik menjelaskan jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan di dalam waran membolehkan harta alih disita dan dilelong.

Bayaran Cukai Taksiran boleh dibuat dengan kaedah-kaedah berikut :-

Bayaran Tunai dan Kad Kredit di Kaunter PEJABAT MAJLIS DAERAH JERANTUT
Bayaran secara "online" melalui perkhidmatan perbankan CIMB Bank dan Maybank2u
Bayaran Tunai di Kaunter Pejabat POS dan Kaunter Bank Simpanan Nasional
Segala urusan pindah milik harta dan pertukaran alamat mestilah dimaklumkan kepada pihak Majlis Daerah Jerantut dan kegagalan untuk berbuat demikian pemilik boleh dikenakan denda.