MENU

Kebersihan dan Pungutan Sampah

Apakah yang dimaksudkan dengan sampah pukal dan bagaimana orang awam hendak melupuskan sampah itu?

  • Sampah pukal adalah sampah bukan domestik yang terdiri daripada sampah kebun, longgokan sampah sarap, kayu-kayu, dahan, ranting, daun, rumput, kotak-kotak atau perabut lama
  • Perkhidmatan pemungutan sampah pukal diberi oleh Alam Flora Sdn. Bhd. mengikut jadual pembersihan kawasan

Di manakah maklumat mengenai jadual pembersihan kawasan boleh didapati?

Penebangan Pokok

Majlis turut menyediakan perkhidmatan penebangan pokok di kawasan pentadbiran Majlis iaitu seperti di kawasan perumahan. Sebarang pertanyaan mengenai penebangan pokok boleh menghubungi majlis di Unit Perancangan dan Landskap di talian 09-266 2205 sambungan 15 atau 18

Mesin Rumput

Majlis turut menyediakan perkhidmatan mesin rumput di kawasan taman permainan perumahan. Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan mesin rumput boleh menghubungi majlis di Unit Kebersihan dan Kesihatan di talian 09-266 2205 sambungan 21