MENU

Piagam Pelanggan bagi Setiap Jabatan

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Pengaduan Awam

    Setiap aduan akan disasar dan diambil tindakan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari jika:-

    • Nama dan alamat pengadu dicatat dengan jelas.
    • Jenis aduan jelas.
    • Tempat di mana berlaku masalah dinyatakan dengan jelas.
    • Maklum balas aduan kepada pelanggan akan diberikan dalam tempoh 14 hari.
  2. Bahagian Penguatkuasaan

    • Menjamin akan mengambil tindakan penguat kuasaan ke atas masalah-masalah orang awam mengikut undang-undang yang diperuntukan dengan adil, saksama, tegas dan betul.
    • Mengambil tindakan serta-merta terhadap kesalahan yang dilakukan dengan cara memberi amaran lisan, notis, kompaun dan sitaan/rampasan.
  3. Sewaan Gerai

    • Mempastikan semua kekosongan gerai diiklankan dalam tempoh1 bulan.
    • Tawaran sewaan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh temuduga.
  4. Sewaan Peralatan

    • Permohonan akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja.
    • Peralatan akan dibekalkan selewat-lewatnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat bayaran telah dijelaskan